Maahad Tahfiz An-Nursi adalah sebuah pusat pengajian Tahfiz yang unik dan menarik, Sebuah tahfiz yang menumpukan kepada pemantapan bacaan dengan kaedah Annursi dan kaedah hafazan Al-Quran berkongsepkan sistem Turki.
Teknik Hafazan kaedah Annursi adalah satu sistem kaedah yang unik dan menarik, satu kaedah yang telah digunakan sejak kegemilangan Islam era khilafah Othmaniah Turki. kini sistem ini diaplikasikan di Maahad Tahfiz An Nursi . la diperkenalkan pada permulaan operasi iaitu pada bulan 1 Dec 2017. Sistem ini digunakan secara meluas di negara Turki. Masyarakat Turki yang menghafal Al-Quran akan melalui sistem ini.
VISI TAHFIZ ANNURSI
Melahirkan generasi al Quran yang lancar bacaannya dan mantap hafazannya . Seterusnya mampu beramal dengan Al-Quran bagi mendidik diri dan masyarakat ke arah pelaksanaan Islam yang syumul.
MISI TAHFIZ ANNURSI
Membimbing dan melatih pelajar dengan sistem tahfiz Al-Quran terbaik ke arah menjadi huffaz yang cekap dan mantap hafazan dan ilmu al-Quran.. Menyediakan pelajar dengan asas ulum Islamiyah sebagai persediaan ke arah pengajian peringkat lanjutan.. Membimbing dan membina pelajar dengan akhlak dan peribadi mulia sebagai hamalatul Al-Quran.
Membaca Al-Quran Secara bertajwid.
Hafalan Al-Quran sistem Turki akan melatih pelajar membaca Al-Quran secara bertajwid. Ini kerana sebelum seseorang pelajar mula menghafal Al-Quran, mereka hendaklah menduduki kelas kelancaran terlebih dahulu. Kelas ini akan menitik beratkan pelajar membaca Al-Quran secara bertajwid dan mendedahkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya.
Lancar membaca Al-Quran
Kelas kelancaran adalah nadi kepada hafalan Al-Quran sistem Turki. Pelajar – pelajar yang berada di tahap ini dipastikan dapat membaca Al-Quran secara lancar dan bertajwid. Terdapat cara-cara tertentu bagaimana menunjuk ajar para pelajar agar dapat membaca Al-Quran secara lancar dan bertajwid. Pelajar tidak akan menghadapi masalah hafalan apabila dapat membaca Al-Quran dengan lancar.
Hafalan tidak menjemukan
Kebanyakan pelajar yang menghafal Al-Quran menghadapi perasaan jemu apabila terpaksa mengulangi ayat dari juzuk yang sama, lebih-lebih lagi apabila mengulanginya sehingga berhari-hari. Namun teknik hafalan sistem Turki memperkenalkan satu teknik yang tidak menumpukan pada satu-satu juzuk terlalu lama, ini menyebabkan pelajar tidak merasa jemu. Ayat atau muka surat yang dihafal berlainan dari sehari ke sehari.
Guru bergandingan dengan pelajar
Bagi menentukan kejayaan murid, guru memainkan peranan yang penting. Guru mesti berganding bahu dengan pelajar khususnya ketika membuat hafalan. Guru mesti membantu pelajar membuat hafalan, mendengar hafalan dan memastikan pelajar mencapai target yang telah ditentukan
Tempoh yang singkat
Hafalan sistem Turki sebenamya mendedahkan kepada pelajar satu tempoh yang singkat untuk khatam hafalan Al-Quran. Sistem Ini hanya mengambil masa 1 hingga 2 tahun setengah untuk menamatkan hafalan. Tempoh ini berkesan apabila :
Berdisiplin
Menghafal Al-Quran memerlukan komitmen disiplin yang tinggi. Disiplin di sini bermaksud disiplin mematuhi masa. Sistem Turki mewajibkan pelajar memasuki kelas hafalan Al-Quran sebanyak 6 jam setengah sehari, Walaupun begitu disiplin aspek lain seperti pengurusan diri, akhlak, kebersihan, ibadat tidab boleh diabaikan.
🔸Kelas dalam kumpulan kecil untuk lebih tumpuan antara guru dan pelajar.
🔸Suasana kelas selesa dan berhawa dingin.
🔸Pengambilan pelajar dari seawal 10 tahun supaya berpeluang meneruskan pengajian seterusnya ke peringkat menengah aliran akademik atau pengajian Islam selepas tahfiz.
🔸Pilihan pengajian bersesuaian sama ada kelas berulang harian atau berasrama.
🔸Pengajian di bawah bimbingan guru yang berijazah sanad Al-Quran, bertauliah, kompeten dan berpengalaman.
🔸Pembelajaran Al-Quran secara talaqqi musyafahah yang amat mementingkan pembacaan secara tartil dan bertajwid.
🔸Pemahaman ilmu tajwid teori dan amali serta hafazan matan ilmu tajwid.
🔸Sistem penghafalan dan pengulangan Al-Quran teknik Turki terbukti menghasilkan huffaz yang cekap dan mantap.
🔸Kelas hafazan Al-Quran sepenuh masa supaya pengajian lebih fokus, mudah dan berkualiti.
🔸Sesi motivasi dan pembinaan diri pelajar harian.
🔸Sesi kelas ilmu asas agama secara talaqqi kitab fekah, akidah, akhlak dan bahasa Arab serta hafazan beberapa matan .
🔸 Aktiviti pengukuhan ibadah dan kendiri secara berkala.
Waktu pembelajaran terbahagi kepada tiga bahagian :
1- Kelas Kelancaran (Tahsin) : Isnin hingga Jumaat: Jam 7.30 am hingga 5.30 pm
2- Kelas Hafazan (Tahfiz)
Tahap satu : Isnin hingga Sabtu ( 1 hingga 10 safhah/ms )
Jam 7.30 am hingga 5.30 pm
Tahap dua : Isnin hingga Sabtu
(11 hingga 20 safhah/ms ) : Jam 7.30 am hingga 9.30 pm
Kelas Ulangan ( Tathbit ) : Isnin hingga Sabtu: Jam 7.30 am hingga 9.30 pm
Nota : Kelas pada hari sabtu bermula pada jam 7 30 am hingga jam 4 30 pm sahaja .
Proses pembelajaran bermula pada awal Januari setiap tahun. Cuti sepanjang tahun berdasarkan kepada takwim yang diedarkan kepada pelajar.
Terdapat beberapa yuran yang telah ditetapkan oleh pihak maahad bagi menampung perbelanjaan makanan dan proses pembelajaran:
Yuran Awal Kemasukan:
Pelajar 7.30 am – 5.30 pm :
Sarapan pagi dan makan tengahari di sediakan
Pelajar 7.30 am – 9.30 pm :
Sarapan pagi , makan tengahari dan makan malam disediakan
Pelajar yang tinggal di asrama:
Sarapan pagi , makan tengahari dan makan malam disediakan.
Pelajar yang telah berjaya dalam ujian temuduga akan dimaklumkan pada hari temuduga dan dijemput untuk hadir ke hari pendaftaran pelajar baru maahad. Kemasukan pelajar baru ialah pada awal Januari setiap tahun.
Setiap pelajar hendaklah membawa bersama mereka :
Laporan atau rekod hafazan mengandungi bahagian tarikh , juzuk tasmi’, tandatangan guru dan pangkat. la dibekalkan kepada pelajar dan guru dikehendaki menandatanganinya setelah pelajar selesai tasmi pada setiap hari.. Guru juga dikehendaki meletakkan pangkat tasmi’ untuk diperhatikan oleh pelajar.
Bagi guru pula satu catatan khas dibekalkan yang mengandungi catatan laporan pelajar didalam kelas jagaannya. la bertujuan bagi melihat secara keseluruhan prestasi tasmi’ pelajar. Bagi pelajar-pelajar yang bermasalah ia akan dibawa berbincang dalam mesyuarat guru. Dan berpandukan laporan ini, satu laporan atau perbincangan dengan ibubapa diadakan agar ibubapa mengetahui prestasi anak mereka agar mereka dapat memberi sokongan.
Kelas ulangan adalah kelas untuk mengulangi hafalan bagi pelajar yang telah menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran. la adalah satu keperluan bagi pelajar untuk mengulangi secara tersusun hafazan yang telah dihafal.
Supaya pelajar benar-benar mantap dan cekap 30 juzuk Al-Quran yang telah dihafaz.
Membolehkan pelajar menyambung bacaan dari juzuk satu hingga juzuk 30 secara berdisplin.
Pelajar membuat ulangan beberapa kali sebelum menghadapi imtihan Syahadah.
Ini bererti pelajar sudah mampu menguasai hafalan 30 juzuk Al-Quran dengan cekap dan mantap.
Tauhid
Kitab Risalah Fi Ilmi Tauhid oleh Imam Bajuri.
Kitab Ummul Barahin oleh Imam Sanusi
Fekah :
Matan Ghoyah wat Taqrib oleh Imam Abi Syujak
Nahu
Matan Ajrumiah oleh Imam Sonhaji
Saraf
Matan Bina’ al afa’al
Matan Tasrif al Izzi
Akhlak
Bidayah al Hidayah oleh Imam al Ghazali
Tajwid
Matan Muqaddimah al Jazariah oleh Imam Ibnu Jazari.
MAAHAD TAHFIZ ANNURSI
NO 3-2 JALAN PEGAGA B U12/B DESA ALAM
40170 SHAH ALAM, SELANGOR
Hubungi 019-9889 136 / 019-9889 736